jendela
tak datang barangkali burung berkepak yang pergi,
entah di gaung mana terkapar ia.
Tangan menanti, hati menanti
berita antara syurga dan neraka.
Tenggelam.
Begini: sehari (semalam kata) kita buka jendela.
Barangkali bintang ada, barangkali indah ia.
Tapi dalam dada (sekarang kata) malam parah.
Mata boleh menembus langit, burungnya tiada.
Mahu apa barangkali, ada bertanya, barangkali ada,
(melalui mata, melalui hati, melalui suara).
Yang ditunggu bukan ke tangan datangnya. Tahu,
suara bukan untuk hilang. Pencarian lalu.
Barangkali tahu semua,
jendela memaparkannya:
langit dan burung sama-sama tiada.
Menanti bukan manusia.
Singapura
22 Nov 1957
A Samad Said

0 comments:
Post a Comment