Sunday, December 19, 2010

UK8

saya (sangat) suka Clarks.
sebab utama adalah kerana kasut dia je yang mengeluarkan saiz untuk kaki 'comel' saya.
sebab kedua ialah saiz yang dikeluarkan itu memberikan keselesaan maksima untuk badan saya yang tak berapa ringan ni.

Clarks pertama saya?
merupakan sepasang suede sandal ada manik-manik berwarna emas yang dibelikan kakak saya di UK.

Setahun kemudian, semasa saya berpeluang singgah ke negara pengeluar, saya telah merembat Clarks kedua saya yang berwarna merah jambu berharga 20 pound. Sukaaaaaaaaaa sangatttttt!!! Kasut kaler pink kot!!!!!

Kemudian, bila mengetahui adanya Clarks Warehouse Sales di Malaysia.... saya pun apalageyyyy... menjadi pengunjung tetap kerana harganya yang jauh lagi murah dari yang di butik. Kalau gi butik tu, mampu tengok sambil telan air liur je la...

Cuma, sejak mencari rezeki di negeri orang ni, saya tak berpeluang nak meneruskan tradisi melawat jualan kilang ni kerana samada saya jarang balik, tak sempat amik cuti, atau kalau tak pun, terikat dengan kerja.

Namun...... terima kasih kepada salah seorang rakan sekerja yang kebetulan berada di Kuala Lumpur ketika kebetulan juga saya mengetahui tentang adanya warehouse sale Clarks 2 jam selepas jualan bermula minggu lepas... dengan keyword "sandal hitam flat"... beliau telah menjodohkan saya dengan Clarks saya untuk tahun 2010.... iaitu...



YEEEEEEEEHAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!

2 comments:

~Seven~
December 20, 2010 at 8:54 AM

sandal yg ni nmpk mcm ala2 samurai punyer kasut..keh3..

*nk tayang kasut ke nk tayang kaki tu?

My name starts with M
December 21, 2010 at 4:54 PM

nampak je mcm samurai... tapi pemakai tetap tak kattaaanggg.... :P

nak tayang kasut la cik kak! takkan nak pakai kat tangan pulak........................... adesh..