Saturday, January 22, 2011

Sebelum saya ada dia, niat saya mahukannya adalah kerana saya perlukan teman penghibur hati, pengubat duka, pengisi sunyi, pemberi gembira.

Dia memang idaman saya sebelum ini. Ciri-ciri yang ada pada dia memenuhi kriteria yang saya ingini. Dah lama saya cari dia. Bila jumpa, memang gembira la kan.

Sewaktu mula bersama, saya sedar tentang satu kekurangannya. Tapi saya redha, saya terima dia seadanya.

Sejak bersama dengannya pula, sudah 3 kali saya ditimpa masalah kewangan, kerana dia. Tapi, takpelah, mungkin silap saya kerana terlebih bergembira dengannya. Saya salah budget.

Saya sayang dia gile bab. Semua orang selalu pandang rendah kat dia. Memang la, dia biasa je, tapi bagi saya dia sempurna. Saya bangga dengan dia. Ramai gila kot orang suruh saya cari lain, tapi saya tetap bertahan dengan dia. Saya persetankan semua masalah yang menimpa sejak bersama dengannya.

Namun... insiden sebentar tadi benar-benar merobek hati. Saya memang tanak bawak awak sama-sama dengan saya tadi... tapi saya bawak je pasal dah takde apa saya nak bawak.

Masa adik saya mintak bola dari dalam kolam renang, saya tengah pegang awak.

Saya baling bola tu....

pastu....

saya terbaling awak sekali ke dalam kolam tu!!!!!!!!

Saya kaget. Saya rasa macam takde apa2 je masa awak jatuh dalam air tu. Mungkin pasal takda bunyi. Lepas tu baru saya melompat2 gabra.

Saya dengan awak tak sampai setahun pun... dont give up on me dear handphone... Saya sayang awak.....

Saya sayang awak gile gileeee huwaaaaaaaaaaaaaaaaa