Tuesday, December 15, 2009

Saya orangnya memang gemar mengambil gambar meter kereta. nombor2 di meter menarik minat saya. lebih2 lagi jika di waktu malam. cahaya lampu dari nombor2 di papan di belakang stereng seolah-olah sedang menari-nari. nombor itu sendiri? seolah-olah memberi seribu erti.

2 minggu lepas, ayah saya telah berpesan yang kereta saya (BBG la shortname) bakal diservis kerana perbatuannya sudah menghampiri 50,000. Saya yang tidak peka, jadi peka lantas menanti2 detik ke 50k itu.

(ish, kalau la 50k tu RM)

Pagi tadi, tatkala enjin dimulakan, meter perbatuan menunjukkan angka 49,993. A ha! 50,000 bakal menjelma tatkala saya sedang memandu. Maka dengan tangan kanan memegang stereng, dan tangan kiri bersedia untuk memegang telefon bimbit yang sedia terbuka kameranya, saya menunggu detik yang dinanti. 50,000 tiba di kala saya sedang memandu dalam kelajuan yang, err, tidak pasti. Lantas, tangan kiri diletak di hadapan papan meter dan gambar pun ditangkap. Yea!

Atas dasar teruja, saya terus mengMMS gambar tersebut kepada bapa. Dalam masa berjalan kaki menaiki pejabat, saya cuba lihat kembali gambar yang diambil tadi. Meter had laju dan meter RPM hanya nampak separuh. Eh...... mana gambar jarum di meter had laju? Pada kelajuan apakah saya mengambil gambar ini?

Rasa cuak muncul dalam diri. Bukan cuak untuk diri sendiri, tapi cuak mengenangkan yang gambar telah diMMS kepada bapa dan kalaulah dia se-peka saya maka dia bole notis yang anaknya ini mengambil gambar bukan dalam keadaan kereta berhenti. Pulak tu memandu dengan sebelah tangan pada kelajuan yang tidak begitu perlahan?

Owh demmmm!!!

Sunday, December 6, 2009

As been tagged by Ely, here goes:

THE RINGTONE MEME - Name Three Ringtones You Have Used As Your:

General Ringtone:
The Beatles - If I Fell
Frou Frou - Breathe In
Aqualung - Brighter Than Sunshine

Family Ringtone:
Syuga - Dialah Aku (rasanya ringtone ni since 2006)

Friends Ringtone:
Coldplay - Viva La Vida
Aqualung - Pressure Suit
Pretty Ugly - Diari Seorang Lelaki ngeeee

Sms Alert:
The Magic Numbers - Carl's Song
Silverchair - Reflections of A Sound
Message Happy (kembali ke default setelah bosan msg bunyik panjang sgt :P)

Alarm:
Alarm.mid (default hahahahhaha)