tau tak kalo dah malas, susahnyaaa nak rajin balik.
haha. saya nak tulis pasal
Kuching ni. kene gak tulis. nanti karang lupa, tak bes.
Cik Hasnida mencuba Subway buat pertama kali :)Flight AirAsia yang ditempah dalam waktu yang singkat itu kami naiki pada jam 12 lebih tengahari. Sempat kami mengalas perut dengan roti kerana tak mahu lunch di atas awan. Ok sbnanye kedekut, yer ahhh bapak mahal kot kan makanan dalam airasia tu mcm tak logika je. :P Oh kami juga berkesempatan untuk duduk di hot seat ye. Kelebihan hot seat yang begitu ketara adalah.... head rest kami berwarna merah!!!
terima kasih di atas ketiadaan in-flight entertainment, buku yang berbulan ku baca berjaya dihabiskan!Tiba di Kuching, kami disambut dengan ramai orang yang sedang beratur panjang. Mereka kelihatan teruja dengan ketibaan kami. Oh well, of course la kan, psl derang punya turn plak nak naik flight tu wakakaka.
Kami melalui imigresen yang buat kami rasa mcm pegi somewhere international. Selepas tiket dicop (ok time ni agak menyesal tak bawak passport), kami menuju ke stesen kereta sewa. Seminggu sebelum itu, cik Suhana telah berjaya menempah sebuah kereta Matrix 1.6 untuk 3 hari dengan harga RM300+. 50% cheaper than walk in price.
Setelah menunggu lebih kurang 10-15 min, penjaga Hertz muncul di kaunter maka Matrix hitam yang baru sahaja menempuh 16ribu km bernombor plat WUJ blablablabla menjadi milik kami utk 3 hari. Weehee!
Sebaik memandu keluar dari Airport, saya cari signboard Kuching untuk ke bandar. Semuanya lancar saja... sampai la bila dah takde signboard Kuching, saya cam, Tune Hotel ni kat mana?? Haha. Gamble je, takde map plak tu pasal abis kat airport. Kami pun pusing dua kali di waterfront tu dan tadaaa! Nampak Tune kat celah2 bangunan. Pergh!
Selepas check-in, kami terus menaiki bot untuk ke
Kg Boyan bagi mengisi perut yang sungguh lapar.... dalam mencari tenaga berjalan tu, sempat juaklah kamik menikmati sample2 kek lapis Myra dan Dayang Salhah. hahahha
Tak ada banyak sangat gerai di foodcourt yang buka, maka kami pun pilih je la utk makan di gerai yang tulis MEE KOLOK. Suhana mencuba Laksa Swak, saya Mee Kolok biasa manakala Hasnida Mee Kolok Special. Beza yg biasa dgn yg spesell? Biasa ada daging saja. Spesel ada sayur2an dan segala..
Yang bestnya, masa makan maggi eh mi kolok tu, saya belek2 sekali ternmpk ada putih2 di daging tu. Ala.
Fly egg! Why la! Potong!!! Saya pun mintak tukar. Makcik kedai ckp tu serpihan ayam je. Tapi saya rasa tak. Apapun makcik kedai tak kesah pun tukarkan yg lain maka saya request Laksa Sarawak terus psl rasa yg Su nye mcm sedap plak haha.
Pastu kitorg pun jalan2 kat waterfront sambil membeli...
Saya beli psl nak try utk resdung tu lah.
Pastu kami pun berjalan kaki sejauh erm 1km kot untuk mencari India Street. Malang skali, hari tersebut adalah public holiday maka semua kedai tutup...
Kami berjalan balik ke hotel dengan melalui deretan kedai souvenier di Main Bazaar st. Baru beberapa jam sampai, kami bertiga sudah membeli T-Shirt I Love Sarawak. Hahahahhaah. Mcm tau2 je.
Malamnya kami round2 di sekitar bandar Kuching dengan Hyundai Best kami setelah perarakan sempena Hari Wesak selesai. Tapiiii tak berani nak gi jauh psl takut sesat hahahah. Cuba nak cari kedai makan sebenarnya tapi tak jumpa. Last2 masa on the way back, ternampak kedai
Planet Sambal seperti yang diceritakan en
HanyarBanyar.
Very nice interior with quite a selection of food, mainly with sambals hehe. I had Nasi Goreng Dabai pasal nak rasa dabai tu cane. Rasa dia sesuatu la, tak reti nak explain. Sempat jugak saya ambil sepinggan sambal petai yang bernilai RM2.50.
Komen psl nasi goreng tu? Biase je... Anyway the restaurant is open 24 hours a day. Amazing!
Balik ke Tune. Besar bilik Tune adalah size sebuah queen bed dengan sedepa di kiri, kanan dan depan katil. Tadaa! Oh. That night I slept with gambir on my face. Masa sapu mcm, tak rasa apa pun? So saya pun sapu. Dan sapu lagi.
Sudahnya tengah malam saya terjaga kerana muka rasa tingling.. sejukkk :)
DAY 2Tujuan hari ini adalah ke area
Santubong. Kami merancang untuk breakfast otw ke sana. Tengah jalan2 skali ternampak Coffee O Corner yang selalu diperkatakan itu maka we swerved to the left dan terus cari parking.
Banyak pilihan makanan di sini. Trying to taste anything different when I had the chance, I chose Roti Robin Hood. Sedap! Saya suka!
Perjalanan kami ke Santubong pula dibantu direction dari orang2 awam yang kami jumpai. Yang kelaka tu masa dia suruh masuk kanan after roundabout.... we didnt know we had actually passed by the roundabout. Roundabout tak berapa nak rupa roundabout la psl dia agak square dengan corner di bucu mcm the 2nd option when u want to draw a square in Illustrator (ok. tertechnical plak).
Setelah beberapa u-turn, hehe, kami pun jumpa la signboard ke Santubong. Jam 9 pagi lebih time tu, dan takde keta pun heading the same way. Hujan rintik2 ada la gak buat saya rasa nak patah balik tp buat rugi je... "alang2 menyeluk pekasam biar sampai ketiak masam" hahahha ok itu pepatah yang diambil dari sebuah novel..
Setelah stret, stret dan stret mencari arah 'Damai', kami pun, tiba di Damai.
Damai Puri Resort & Spa to be exact... at a small roundabout to be exact... Dan... kami tak jumpa pun signboard yang tulis Sarawak Cultural Village (SCV) maka saya sgt yakin kami perlu patah balik...
Setelah Su & Da bergambar di signboard (saya suruh haha), kami pun menghabiskan round and about sebelum tiba2 Hasnida ternampak banner SCV di salah satu simpang. Mmg gile ah! Gile! Gile tersembunyi!!!
Bila ingat sesat tapi sebenarnya tak maka rasa gembira menerjah hati walaupun cuaca masih hujan. Bayaran tiket masuk adalah RM60 seorang. Harga sewa sebuah payung adalah RM4. Harga pembelian baju hujan adalah RM4.
Kami pun beli la baju hujan berlainan warna...
Sesi bergambar bermula sejak dari proses pembelian tiket lagi dan berterusan di setiap rumah yang kami lawati...
Saya slalu bangga dgn Sovereign Hill dulu, tapi bila tgk SCV ni, saya baru sedar sbnanye Malaysia have something similar if not exactly the same with that place so.. yeah.. banyak tempat di Malaysia yang mmg patut saya explore. Yer ah, biasa la.. kekadang kita terlalu mengagungkan tempat luar sampai tanak tengok apa yang ada locally... maafkan saya Malaysia..
Ada 7 buah rumah kesemuanya, dan setiap rumah mempunyai stesen mengecop pasport sbg kenang2an. Ada juga pembuat kuih tradisional di setiap rumah yang bole anda beli, tapi memandangkan perut saya tidak berapa nak sedap ketika itu maka saya tak cuba langsung. Agak menyesal la gak, tp nak buat cemane..
Semasa sesi fotografi kami, utk gambar bertiga, ada yang menggunakan timer, ada juga yang mintak stranger amikkan. Part paling bes masa ada sorg stranger yang peramah (dan tak pakai baju rasanya time tu) tolong amikkan gmbr... hehe. Yg lain2 kebanyakan mintak mat saleh amikkan..
Di beberapa rumah, ada juga penduduk 'asli' di situ yang hanya bercawat. Hehe. Agak kagum dengan ketahanan badan mereka. Tak sejuk ke ek?
Bila jam mendekati 11.30, kami pun bergegas kembali ke dewan yang terletak berdekatan dgn pintu masuk. Persembahan kebudayaan pun bermula...
Bila pentas sudah digelapkan, tarian pun dipersembahkan setelah diperkenalkan oleh pengacara majlis. Muzik yang dimainkan adalah secara langsung ye.
My fav part must be when the dancers interacted with audience.. Ada yang dijemput ke atas pentas untuk cuba menyumpit belon... ada juga percubaan menyumpit penonton hahahha ok tu cuak.
Hasnida telah 'dimarahi' oleh seorang penari kerana mengusha dia. Dan penari itu adalah mamat tak pakai baju yang amikkan gmbr kitorg tu hahaha.
Selesai menonton, saya rasa sungguh teruja untuk menjadi penari kebudayaan. Kalaulah di syarikat ada kelab kebudayaan kan best. *mula berangan*
Suhana yang pernah ke tempat ini mencadangkan kami mencuba pakaian tradisional mereka (RM10). Yes! One step closer in becoming a cultural dancer! Hahahhaha...
ye. sanggup berkaki ayam demi menjayakan watakTapi, tu ah, dalam pada kami teruja2 menjiwai watak, bateri kamera plak abis... Saje tau. Tapi apapun sempat jugakla kami mengambil bergambar bersama 'si cilik', iaitu seorang anak mat saleh yang SANGAT TERUJA melihat kami. Sangat ye. Sangat. Saya lagi la teruja kan. "OMG i am so a dancer! 5 minutes wearing the costume I already have a fan! Maybe I should really make this as my career!" hahahahha ok tipu.
Satu2nya aktiviti yang kami sempat lakukan di SCV adalah..... jeng3...
bermain congkak! Saya rasa last saya main congkak masa sek rendah dgn adik beradik lelaki saya, dan saya ingat derang slalu main tipu seme... so yeah, banyak rules yang saya tak ingat. Hasnida sangat jaguh ye... lawan dgn stranger pun dia menang juga ye... Oh ye, semasa saya dan Da bercongkak, si cilik turut menyertai kami. Comel je!!!
Jam sudah menunjukkan waktu lunch hour, maka kami pun bergegas check out dari SCV utk mencari tempat makan.
Penyesalan kedua: saya terlupa nak tengok2 Pantai Damai tu alang2 dah ada kat situ kan. Haih.
Hasnida yang gigih turun semula ke bawah demi mengambil gambar kami. Anda mmg baik hati Da...We had our lunch at
Rumah Hijau Cafe selepas singgah sebentar di Kg Buntal yang merupakan perkampungan nelayan. Sempat membeli sesikat pisang pada harga RM2.20. Tau tak, sepanjang2 kitorg cari makanan ni, most places yang kitorg familiar dgn nama tu, kitorg mcm, terjumpa atau ternampak je kedai tu. Mcm rumah hijau ni la. Lalu2 skali mcm, eh, tempat ni! Stop la!
We had nasi ayam penyet / nasi with ayam percik dan sgt lah marvelous! Sgt suka tempat itu. Cozy plak tu. Recommended!
Petangnya, kami menaiki Traditional River Cruise yang berharga.. err. jap. RM...20 kot dan belayarlah kami dgn niat nak tgk sunset tp tak nmpk plak arini... smlmnye sunset cantik... It was dark so basically we cruised in darkness.. hahaha. One of the most peaceful moment.. masing2 duduk layan perasaan... :)
cehhh dan2 gambar sendiri glow hahahhahaDinner plak, I met my Form 1 classmate, Shikin who is from Miri but currently residing in Kuching. Last jumpa dia in 2004.. She brought us to taste one of the most delicious Laksa Sarawak at Satok area -
Sia Sineq Cafe. Sambil dinner, sambil tanya tips tentang tempat2 pelancongan di Kch. Visiting Kch in weekdays made us missed out on going to the famous Pasar Satok. Anyway, her friends were really nice, really warm and friendly and I really adore their hospitality.. Kuching ppl are great!
DAY 3Hari ini kami tidak begitu merancang. Mencari tempat breakfast pula agak lama, kedai tak bukak lagi la seme.. last2 we stopped by
Selera Asam Payak, Jalan Satok. Pagi2 breakfast Nasi Ayam Penyet. Hehe. Tak brp bes sgt la makanan dia, tapi bedal je la.
Pastu kitorg pun bergerak ke
Semenggoh Wildlife Rehab Centre (saya yang teringin nak tengok monyet2 hehe asyik tgk monyet jelmaan je :P). Susah gile plis nak cari tempat ni! Dah jalan jauhhh sikit baru jumpa the only signboard. Agak malang la pasal sampai2 je dia kata feeding time baru abis, so kalo masuk pun sia2 je takkan nampak kera punye. Jadi kami pun pegi la
Annah Rais Hot Spring...Utk ke kolam air panas tu, kami perlu tiba di Kg Annah Rais (yang ada rumah panjang betul - dan penambahan penyesalan di sini kerana tak amik gmbr psl ayah saya nak gmbr rumah pjg betul sbnanye huhu), dan terpaksa melalui jalan berbatu2 kemudiannya. Ada 3 kolam air panas di situ... yang terletak di satu sudut di sungai yang tak berapa nak cetek. Basah la gak seluar sampai lutut. Hehe.
We met the girl who shared the same flight with us there as well.
Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Batu.. err 3 ke 4 ek, tempat
kilang pasu. Saya yang kesakitan kepala tidak turun dari kereta dan hanya berbaring.... hahaha sokmo gitu..
Masa kitorg gi ke area Semenggoh tu, kitorg nampak The Spring mall. Tapi bila balik, mall itu tidak kelihatan pula hahahah maka kami pun meneruskan misi menonton
Nur Kasih di
Lotus Five Star. Menonton filem di opening day adalah... erm biasa2 je. Cuma yang kelaka tu, lepas abis movie, kitorg balik bilik dan masing2 berdiskusi panjang tentang ending citer itu yang memeningkan kepala... hahaha..
Sebelum dinner, kami sekali lagi ke
Main Bazaar utk membeli souvenier sedikit sebanyak. Sempat jugak singgah berurut.. RM50 for an hour.. Sgt best la utk saya yang sakit kepala tadi.. suruh dia focus kat kepala / bahu je...
Dinner kami di
TopSpot. Mmg top dan hot spot la psl ramai giler orang. Ia merupakan seafood food court. Seafood dia SANGAT BANYAKKKKK SANGAT BESTTTT tapi best2 pun, tak berani plak nak amik bende pelik2 takut tak sedap.
For our ikan siakap stim, sayur campur, midin belacan, udang masak pedas, oyster pancake, air longan.... RM60+.
LAST DAYHuhuhuhu dah last day ke..
Kami membeli breakfast di 7E kerana mengejar masa utk membeli-belah. Sgt kelaka bila roti tidak dijual di 7E. Pastu baru teringat, ada org citer yg souvenier dari Semenanjung yg sgt diingini org sini adalah... roti! Hahahhahah. Nape ek takde roti kat sarawak?
Kami singgah di
Satok Wet Market utk membeli ikan terubuk masin. Tak sempat round pun, kat 1st gerai dah terus beli psl org tu promote baekkkk punyaaa.. All of our terubuk were packed nicely in a box.
Pastu saya pula mencari midin psl penah baca sumwhere yang "beli la midin kalo singgah pasar satok!"... nampak cili bentuk pelik yang dikatakan super pedas pun beli gak... Nampak rebung mcm, alamak teringin lomak cili api ya Allah lamanya tak makan.. saya pun beli lagi.. Last2 ternampak benda yang saya berniat nak bagi kat atok saya tp tak berkesempatan nak cari iaitu... Durian Belanda.. apalagi, beli je la! Kalo ikutkan hati lagi rasa nak beli banyak lagi memandangkan a week before masa saya nak masak sebelum balik Kmn, dapur takde bende langsung so niat di hati nak tambah stok kat dapo.. Ingat nak beli petai tp cam, tak sure harga so cancel...
Penyesalan keempat: mak kata, murah la tu sepinggan dah 'buang kulit' (kang sebut kopek org fikir lain pulak) RM2 je. Saya mcm, erk!!!
Dem saya mengidam sambal udang petai.
Oh ye sepanjang kami menyinggah di kedai2 di kawasan bandar ni, kami menggunakan parking kupon yang kena gores dan menang tu. 40 sen utk sejam. Hmm org Kuching suka guna 40 sen kan. Naik bot pun 40 sen (tapi kami bayar 50 sen haha).
Kami ke
Kg Boyan lagi utk membeli kek lapis. Harga dia, dari RM5-RM25+ gitu. Of course la yang paling mahal yang paling sedap kan. Tp cam yg mahal tu takde la lapis sgt pun. Mcm kek biasa je, cth: Cheese Coklat. 2 lapis je kek tu so saya pun tak le beli psl rasa... baik aku tempah kek dgn Yati...
Tapi ada satu la kek lapis yg mahal sikit nama dia Sayang Sarawak. Sedap!!! Kek tersebut dibeli di Dayang Salhah manakala kek Maher Zain saya beli di Myra.
Dah abis shopping, kami singgah di
Muzium Etnologi to kill time. Muzium tersebut bosan. Muzium kat Sabah tu lagi menarik saya rasa.
Lunch kami di
Raja Ayam Penyet yang popular di Kch sebelum meneruskan perjalanan ke airport.. Minyak yang kami gunakan... RM70. Kena refill balik ikut masa dia bagi.
Itu sajalah kisah 4 hari 3 malam saya dan kawan2 spontaneous saya di Kuching... sgt menarik! Orang2nya yang friendly (contoh: pegawai imigresen yang memberi salam dan mengatakan "awak sgt sweet" kat
salah sorg kawan saya hahahahhaha), makanan2nya yang menarik.. jalannya yang banyak roundabout dan takde signboard hahhaha... Oh, saya sbnanye suka dgn cara pemanduan org di Kch yang tenang dan tak cucuk belakang. Saya respek!!! Keep it going ok!!
AirAsia pasti bangga dgn awak Su :PSo, tu la, pagi tu naik perahu, keta sewa, pastu naik kapatobang, naik Skybus, naik LRT dan lastly naik teksi baru sampai umah. Rekod seh!!! Naik motor je tak. Dgn unta. Gajah. Kuda. Ok over.
Last but not least, thanks to
Cik Suhana dan
Cik Hasnida yang sudi menemani saya memenuhi impian untuk ke Sarawak sambil berJJCC.. I really had a great time, starting from our check-in @ LCCT!! Hahahhaha... Yeaa Sabah dah cover, Sarawak dah cover.. lepas ni... heheh rahsia :P
korang best.